Rombakan kabinet tidak dibincangkan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tiada perbincangan dibuat berkaitan rombakan kabinet.

“Saya tidak mendengar tentangnya. Tiada perbincangan berkenaan perkara itu. Ia dalam bidangkuasa perdana menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” kata beliau ketika ditanya berkenaan khabar angin berkenaan rombakan kabinet.

Tiga hari yang lalu, Anwar turut menafikan perkara tersebut.

“Jika ada cadangan, sila tuliskan kepada saya. Saya akan pertimbangkan,” kata Anwar merujuk kepada khabar angin tersebut yang menjangkakan rombakan akan berlaku pasca pilihan raya negeri.

“Saya hanya pekerja dan saya mengikut arahan,” kata Fadillah yang juga ialah Menteri Perladangan dan Komoditi kepada media.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Gabungan Parti Sarawak komited untuk memastikan kerajaan kukuh dan stabil.

“Kita di GPS telah pun memberikan komitmen dan apa yang kita perlukan ialah kerajaan yang kukuh dan stabil.

“Tanpa kestabilan, kita tidak boleh memulihkan prestasi ekonomi dan pelabur tidak akan datang kerana tiada dasar yang jelas, tiada kesinambungan dalam pentadbiran kerajaan,” kata beliau.

Hanya kestabilan politik dan urus tadbir kerajaan baik boleh menarik pelabur,” kata Fadillah yang juga adalah ketua GPS di parlimen.