RM538 juta dana tambahan laksana pelbagai projek di Papar

Perdana Menteri hari ini mengumumkan beberapa peruntukan tambahan untuk projek infrastruktur di kawasan Papar, antaranya projek membina jalan raya pintasan Pengalat-Papar berjumlah RM538 juta.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga memperuntukkan RM67 juta untuk projek menaik taraf jalan raya Lok Kawi dari Bulatan Sabindo ke Sungai Kinarut Papar.

“Kerajaan Perpaduan juga meluluskan permohonan terbaharu melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), meliputi Projek Sistem Perparitan Bagi Pekan Kinarut dan Taman Sungai Wang Kinarut, serta Projek Naik Taraf Jalan Taman Limauan Kinarut dan Pekan Kinarut ke Kampung Anak Somboy Kinarut,” jelasnya.

Menteri Kewangan itu berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Perpaduan Rakyat Parlimen Papar bersama Perdana Menteri, di Palm Square Kinarut, hari ini.

Menurutnya, semua peruntukan berkenaan adalah peruntukan tambahan kepada sedia ada yang diumumkan sebelum ini untuk rakyat, khususnya di kawasan Papar.

“Ia adalah peruntukan tambahan yang dipohon oleh Armizan khususnya untuk orang Papar dan saya berharap ia dapat memberi keselesaan kepada rakyat di kawasan ini,” lapor Bernama.

BACA JUGA ‘Belum ada lagi Perdana Menteri kerap hadir ke Sabah sampai Azizah pun runsing’

 

Â