Sistem visa pekerja mahir asing bersepadu bermula 15 Jun depan
Sistem visa pekerja mahir asing bersepadu atau dikenali sebagai ‘Single Window Approach’ dijadual bermula pada 15 Jun ini, umum Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Beliau berkata, proses permohonan Pas Penggajian (EP) untuk ekspatriat menerusi ‘Single Window Approach’ akan dilakukan secara berfasa.
“Semua pihak berkepentingan terutama Agensi Pelulus dan Agensi Kawal Selia yang terlibat secara langsung dalam pengurusan ekspatriat dikehendaki memperkemas tadbir urus dan proses kelulusan permohonan Pas Penggajian menerusi sistem baharu yang akan dikenali sebagai Xpats Gateway.
“Fasa 1 melibatkan pembangunan Sistem Xpats Gateway oleh pihak TalentCorp. Agensi pelulus dan agensi kawal selia yang telah bersedia menggunapakai Xpats Gateway akan dilaksanakan mulai 15 Jun 2023.
“Fasa 2 pula melibatkan agensi pelulus dan agensi kawal selia seperti MDEC dan IRDA yang mempunyai sistem sedia ada dan memerlukan integrasi melalui Application Programme Interface (API) akan sedia digunapakai selewat-lewatnya pada 15 Ogos nanti,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, dalam proses permohonan baharu itu, sektor Tier 1, Tier 2, dan sektor yang penting akan diproses dalam tempoh lima hari bekerja.
Katanya, sistem bersepadu yang disertakan dengan pemendekan masa dijangka akan mengurangkan birokrasi yang berkaitan dengan pengambilan bakat asing, di mana pengetahuan dan kemahiran mereka akan memanfaatkan negara.
“Konsep sistem bersepadu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperbaharui sistem kerajaan supaya lebih mesra pengguna dan dapat menjimatkan masa pemprosesan dalam urusan kerajaan,” ujarnya lagi.
BACA JUGAÂ Rafizi anggap kejatuhan nilai ringgit turut bawa kebaikan
Â