‘Datang tangkap teruslah, tak payah pantau’

Orang ramai menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap individu yang melampau menghina bapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penghinaan individu berkenaan dalam satu komentar di TikTok berkenaan peranan dan sumbangan Anwar kepada negara dan agama Islam termasuk memulakan idea untuk pelajar menutup aurat.

Sehubungan itu, warganet berharap lelaki terbabit yang turut menyertakan nombor telefon di laman TikTok miliknya ditahan pihak berkuasa.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga diharap mengambil tindakan terhadap pengguna aplikasi video pendek popular itu.

Walaupun diasak kecaman awam, individu berkenaan selamba pula untuk dia ditangkap tanpa perlu dipantau seperti didesak sebahagian netizen.

“Datang tangkap teruslah. Tak payah pantau-pantau,” kata pengguna TikTok Tukangtempatteduh@T3.

BACA JUGA ‘Sampai bila pembangkang nak main sentimen kaum dan agama?’