Adun Pas kena perli celup roti canai dalam air Milo

Pernah mengundang kecaman selepas curah air oren jadi kuah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat kini kena perli apabila disaran supaya celup roti canai dalam minuman Milo.

Reaksi lucu warganet itu muncul selepas Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu tersebut berkongsikan gambarnya menjamah roti canai telur berlada.

Hok mane dok minum pagi lagi tu, mari laa sini…  ambe tunggu ni… nok belanja awop2,” tulisnya dalam loghat Terengganu di hantaran Facebook sambil memberitahu lokasi restoran itu di Kampung Tengah.

Bagaimanapun, aksi beliau dengan secawan milo di sisinya itu dilihat dihujani sindiran termasuk anak jati Terengganu selain pujian daripada penyokong Pas yang dipanggil walaun.

“Macam budak-budak makan, perlu ke ditunjuk kat orang?

“Roti canai kuah milo sedap tau, tak cuba ke?

“Kalau roti canai Rahmah, rasanya mesti YB ni cuah air teh dia dalam kuah sebab tak sedap,” demikian sindiran warganet.

Ada juga yang mengusik mencadangkan wakil rakyat Pas itu cicah roti dengan air oren merujuk pada perbuatannya yang tular pada Mac lalu.

Bakpe dop cicah dengan air oren boh. Pelik ‘kan makan roti cicah kari.

“Cicah air oreng baru jadi YB!” demikian antara kata sinis orang ramai.

Malah, terdapat netizen yang turut mengingatkan tentang kegagalan Perikatan Nasional (PN) dalam memastikan bekalan telur mencukupi semasa mentadbir kerajaan.

“Mujurlah boleh makan telur dari Kerajaan Madani. Harap kerajaan PN dulu… takde telur ni. Makanlah puas-puas YB,” perli pengguna Facebok, Emmran Fakry pula.

BACA JUGA ‘Mydin perlu beli banyak kordial oren bulan puasa ini’