Allahyarham Nik Aziz dikurnia gelaran Tan Sri

Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat antara 839 individu yang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan 2023 yang membawa gelaran Tan Sri.

Mendahului senarai penerima yang dikurniakan Panglima Setia Mahkota (PSM) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

Turut dikurniakan PSM ialah 25 individu lain, termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Patmanathan dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh.

Selain itu, Pengarah Urusan Kumpulan Engtex Group Berhad, Datuk Ng Hook dan Pengarah Urusan Kumpulan Maxim Global Berhad, Datuk Seri Gan Seong Liam.

Yang turut menerima PSM, Pengerusi DPS Resources Berhad, Datuk Seri Sow Chin Chuan; Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby Plantation Berhad, Datuk Seri Dr Nik Norzul Thani Nik Hassan Thani dan komposer, Datuk Seri Dr Ahmad Khan Nawab Khan.

Pengerusi Eksekutif Yuwang Group, See Hong Cheen @ See Hong Chen; Pengerusi Battersea Power Station Holding Company Limited, Datuk Jaganath Derek Steven Sabapathy; Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed AR Albar.

Penerima lain PSM, Pengerusi dan Pengarah Perusahaan Sadur Timah Malaysia (PERSTIMA) Berhad, Datuk Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon; Pengarah Urusan Winfast Group of Companies, Datuk Seri Chee Chan Yau @ Cheah Chan Yau.

Selain itu, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ming Heng Motor Sdn Bhd, Datuk Koh Chui Ming; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

Pengarah Urusan Cergas Murni Sdn Bhd, Datuk Paul Latimer; Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad, Datuk Seri Yeoh Choon San; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KK Land Group of Companies, Datuk Kong Hoi Chieng dan Pengarah Urusan Twin Arrow Fertilizer Sdn Bhd, Datuk Seri Lau Kuan Kam.

Turut menerima PSM, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Anifah Aman dan veteran politik, Lim Kit Siang.

BACA JUGA Selepas PM Anwar, Fadhlina pula ziarah isteri Almarhum Nik Aziz