Negeri Sembilan lulus bina 27,688 rumah mampu milik

Sebanyak 27,688 Rumah Mampu Milik (RMM) diluluskan kebenaran merancang di seluruh Negeri Sembilan oleh kerajaan negeri setakat 31 Oktober tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata RMM merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat sentiasa wujud.

”Inisiatif itu juga pada masa sama bertujuan menambah baik taraf hidup rakyat di Negeri Sembilan.

”Sehingga 31 Oktober lalu, sebanyak 8,685 unit RMM Type A berharga RM80,000 telah diluluskan kebenaran merancang.

”Kami (kerajaan negeri) juga akan terus berusaha untuk meningkatkan jumlah RMM di negeri ini, InsyaAllah,” katanya lapor portal Negeri Kita.

Syarat kelayakan bagi memohon RMM adalah individu yang mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,500 sebulan dan sudah berumah tangga.

Keutamaan diberikan kepada mereka yang menetap atau bekerja di Seremban bagaimanapun permohonan juga terbuka kepada individu yang tinggal di Negeri Sembilan.

BACA JUGA: Negeri Sembilan naikkan kadar dermasiswa kepada RM300 sebulan