Annuar Musa bukannya hero malam tadi, hanya manipulasikan fakta
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa bukanlah hero sebenarnya dalam Wacana Sinar malam tadi kerana beliau hanya memanipulasikan isu sahaja.
Bahkan, cubaan beliau untuk memanipulasikan fakta juga ‘kantoi’ apabila diperbetulkan oleh orang ramai yang hadir di majlis wacana bertajuk ‘PRN: Siapa yang patut rakyat pilih? itu’.
Menurut Norman Radzuan, penulis dan juga aktivis politik yang hadir malam tadi berkata, mungkin ada yang terpukau dengan ucapan Annuar tetapi jika anda seorang yang kritikal, pasti tahu Annuar berhujah memanipulasi fakta.
“Contohnya, dia mengatakan Umno gadaikan prinsip ketika PAU (Perhimpunan Agung Umno) apabila bersetuju menolak ‘No Anwar, No DAP’. Akhirnya hadirin yang majoriti penyokong Umno dan PKR menjerit ‘No Bersatu’.
“Akhirnya, Annuar Musa terpaksa mengalah bahawa fakta sebenar ‘No Anwar, No DAP dan No Bersatu’ apabila ada jeritan penonton, ‘Kalau nak zikir biar sampai habis,” tulis Norman menerusi Facebook beliau.
Annuar juga, katanya, mengatakan sebenarnya Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu mempunyai Akuan Bersumpah (SD) untuk dilantik menjadi kerajaan.
“Fakta sebenarnya di ‘boo’ oleh penonton bahawa SD tidak laku lagi ketika Akta Lompat Parti telah diperkenalkan,” tulis Norman.
Apabila penonton bernama Hussin menyoal Annuar mengenai mengenai prinsip, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu tidak menjawabnya.
“Sama juga dengan soalan dari Iswardy Morni mengenai nama Allah di mahkamah, Annuar mengakui dia tidak tahu mengenai undang-undang.
“Itu antara sebahagian keadaan sebenar dan bukan seperti dilihat suntingan klip video di Tik Tok,” kata Norman ekoran tersebarnya klip video kononnya Annuar hero malam tadi sebagaimana yang disebarkan penyokong PN.
Bagi beliau, wacana malam tadi agak tempang kerana Sinar Harian tidak meletakkan panel yang seimbang.
“Saya tertanya-tanya mengapa Sinar Harian menjemput panelis yang kurang dikenali dan juga kurang petah berhujah.
“Kebimbangan saya terjawab, Nor Azrina gagal mengimbangi serangan Annuar Musa dan Rahim Thambi Chik yang terkenal kepetahan mereka berhujah dengan propaganda perkauman.
“Sepanjang hujah, Annuar dan Rahim seperti dijangka sentiasa menyebut DAP, DAP, DAP.
“Nasib baik Shakar (panel daripada Umno) banyak membantu melawan provokasi atau tohmahan Annuar dan Rahim.
“Nor Azrina sepatutnya menolak jemputan tersebut dan minta diganti dengan Shamsul Iskandar, Lokman Adam atau Iswardy Morni untuk berhadapan individu seperti Annuar Musa yang terkenal dengan kelicikan memanipulasi fakta,” katanya lagi.
BACA JUGA Fakta sebenar: Lim Kit Siang dan 13 Mei
Â