Dulu Nik Aziz mahu calon bebas rokok, kini YB Pas selamba merokok

Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini pernah melarang tabiat sesetengah pemimpin dan penyokong Pas yang merokok di khalayak ramai.

Walau bagaimanapun, selepas lapan tahun Mursyidul Am Pas itu meninggal dunia, terdapat pemimpin utama parti tersebut selamba merokok di tempat awam.

Hal itu dibangkitkan warganet susulan tersebar klip video yang memaparkan kelibat menyerupai seorang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) bersama sebatang rokok bernyala di mulutnya.

Rata-ratanya mengecam sikap pemimpin utama di utara Semenanjung itu merokok di tempat makan termasuk mengaitkan dengan fatwa pengharaman tabiat merokok sejak 28 tahun lalu.

Untuk rekod, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 pada 23 Mac 1995 telah memutuskan pengharaman merokok.

Dalam masa sama, orang ramai turut mendesak supaya kerajaan mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemimpin itu memandangkan larangan merokok di tempat makan telah berkuatkuasa 1 Januari 2019.

“Zaman arwah TGNA memang langsung tak boleh jadi calon kalau dia tau merokok.

“Patutlah bahasa dia teruk sebab keluar dari bibir tu.

“Geng lebai pun merokok ke? ATGNA (Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz) kata rokok haram,” demikian antara kata orang ramai di media sosial.

BACA JUGA Allahyarham Nik Aziz dikurnia gelaran Tan Sri