Hadi mesti henti cara politik Khawarij

Oleh AHMAD MURSI

Kata Haji Hadi semasa kempen PRK Kemaman:

“Undilah kepimpinan yang jadikan orang Melayu memerintah, Islam memerintah dan memimpin.

“Jatuhkanlah kerajaan yang ada ini, kerajaan yang rosakkan Islam, kita kena jatuhkan kerajaan ini tak boleh biar lama-lama”.

Soalnya, tidak Melayukah Anwar Ibrahim? Tidak Islamkah PMX dan pemimpin Kerajaan MADANI hari ini? PN-Pas sahajakah Melayu dan Islam?

Kalau tidak takfiri dan Khawarij, apa yang kita boleh istilahkan fikrah ini?

Bagaimana yang Haji Hadi maksudkan ‘rosakkan Islam’ hingga jadi alasan untuk jatuhkan kerajaan? Hanya Khawarij fikir Islam mesti tertegak di tangannya.

Faktanya, banyak hal yang membangunkan Islam di Malaysia BUKAN di tangan Haji Hadi dan Pas sebagai kerajaan.

Anwar Ibrahim satu-satunya Perdana Menteri yang mengambil pendekatan solat Jumaat di pelbagai masjid selain kerap menganjurkan majlis ilmu.

Bukan Haji Hadi yang bangunkan Bank Islam, Universiti Islam, pendidikan Islam, muamalah Islam, Mahkamah Syariah, sekolah-sekolah agama kerajaan dan undang-undang syariah.

Di tangan PMX: Bantuan Sekolah Agama Rakyat dipulangkan selepas Tun Mahathir hapuskan 20 tahun dulu, Hadith 40 di sekolah, Tahfiz Kemas, Program Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET), Pelan Tindakan Tahfiz Negara 2.0 dan memperjuangkan hak Palestin.

Di tangan Haji Hadi pula?

Amanat Haji Hadi yang jadi punca bencana perpecahan umat Islam tahun 80-an dan 90-an. Hingga kini tak mohon maaf.

Disebabkan amanat itu, berlaku peristiwa Memali dan 18 terbunuh kerana doktrin Khawarij “Islam vs Kuffar” dipasak dalam politik demokrasi seperti kempen pilihanraya.

Saya harap Haji Hadi hentikan cara politik Khawarij. Mohonlah maaf kepada ramai umat Islam yang jadi mangsa amanatnya sejak 80-an selagi ada peluang ini.

BACA JUGA Jangan main isu akidah dalam politik sebab itu kerja Khawarij