Ulama penunggang agama macam anjing jelirkan lidah
Oleh AHMAD MURSI
Jika seruan menjauhi ulama su’ dikatakan kempen bencikan ulama, al-Quran dan Hadith lebih keras berkempen.
Al-Quran samakan ulama yang menunggang ilmu agama untuk dunia dan hawa nafsunya seperti anjing (Al-A’raf:176)
Nabi Muhammad SAW pula beri amaran bahaya ulama su’ lebih daripada Dajjal.
Imām al-Ghazālī dalam Bab 6, Ihya’ Ulumuddin ‘berkempen’ bahaya ulama su’ menggunakan ilmu untuk mendapatkan kesenangan dunia atau untuk perolehi kedudukan.
Ada yang rujuk kata-kata Imam Syafie ‘ulama’ sebenar dibenci orang kafir’. Apabila diminta dari mana sumber rujukan kata-kata itu, mereka gagal berikan.
Modal menunggang agama ini murah dan mudah untuk dapatkan kepercayaan bagi memenuhi keperluan dunia.
Walaupun tidak kompeten atau pembohong atau pemfitnah atau penyamun harta negara, hanya bermodalkan agama, mereka mampu mendapat kepercayaan secara segera untuk peroleh kedudukan.
Mereka menjadikan imej agama perisai untuk melindungi sikap buruk. Bagi mereka, kalah saman fitnah hanyalah hal dunia, di akhirat tetap selamat.
Apabila ahli agama menghalalkan qazaf dengan hanya menggunakan takwilan cetek, pengikut mereka seperti tertelan pil ajaib berkongsi hal yang meloyakan di media sosial atas nama perjuangan agama.
Sebab itu, Hadith Nabi menyebut: “Ingatlah, sejahat-jahat keburukan adalah keburukan ulama dan sebaik-baik kebaikan adalah kebaikan ulama.” (HR ad-Darimi)
BACA JUGA Doa pun kena isi borang google, umat Islam risau penunggang agama makin melampau