Golongan fasik berjaya kuasai PN

Oleh AZRUL ABU HASSAN

Golongan fasiq telah berjaya menakluki Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, Pas tidak membawa pertuduhan jijik, lucah, fitnah zina (qazaf) dalam modal politik mereka.

Tan Sri Ustaz Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga siap keluar satu buku yang bernama Qazaf, memaparkan wajah PMX memakai baju banduan dan lebam mata, cuba meraih simpati rakyat ketika itu dalam hal Sodomi 1.

Tuan Guru yang sama juga telah mempertahankan PMX dalam isu video seks yang tularkan oleh Papagomo, Datuk S dan Rahim Tambi Chik dengan mengeluarkan kenyataan “video itu besi, bukan saksi”.

Namun, sekarang ini fasiqun PN Papagomo, Parpukari, YB Viral, Chegubard, Atan Leecas semuanya menggunakan fitnah zina untuk meraih sokongan pengundi Melayu Islam.

Tidak pula pemimpin-pemimpin Pas yang kononnya ulama belaka menghalang kemaraan golongan fasik ini yang di dalam pasukan mereka.

Maka berbanggalah golongan fasik ini apabila mendapat ramai penonton dan pengikut kerana gosip fitnah zina ini sudah tentu disukai manusia seolah-olah mereka inilah pejuang yang terpaling suci.

Panggilan bapuk tua, planta dan jenayah qazaf yang dilakukan terhadap Menteri Agama juga telah menjadi ikutan penyokong PN sehingga merosakkan bangsa Melayu khususnya golongan muda.

Saya dua hari lepas ada buka room berbual di TikTok dan mengajak penyokong PN yang sebut “PMX peliwat” dengan tujuan mahu menyelami pandangan orang itu mengapa berani menyebut tuduhan zina itu di khalayak umum.

Dia mengeluarkan hujah seperti al-Quran hanyalah “panduan” apabila saya memetik surah An-Nur ayat ke-4 yang menyebut tentang keperluan mengemukakan saksi 4 orang yang adil.

Dia menambah lagi yang DNA yang dijumpai juga adalah saksi, namun saya membalas dalam analisis pakar, terdapat puluhan lagi DNA orang lain kemungkinan menggunakan tandas awam.

Tidak mahu kalah, dia kata Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan al-Quran dan Hadis dan kita orang Islam wajib ikut.

Makin lama makin teruk hujah dia sedangkan Perlembagaan kita sebenarnya berasaskan kepada perlembagaan United Kingdom yang lama.

Orang ini juga mengaku masuk sekolah pondok dan sedang di dalam pondok ketika kita sedang berbual. Namun, dia tidak hafal pula surah an-Nur ayat 4 apabila kami bacakannya.

Maka lihatlah betapa telah rosaknya pemikiran orang Melayu yang kerana politik mengaku belajar agama dan berpura-pura alim dan bijak pandai, namun sebenarnya jauh menyimpang dalam pemahaman agama.

Langsung tiada niat untuk backup PMX. Beliau didapati bersalah oleh hakim persekutuan berdasarkan alibi yang beliau telah berbohong. Bukan kerana DNA, inci tak inci atau tuala Good Morning.

Namun, sebagai orang Islam, kita masih lagi tidak boleh memanggil dia seorang peliwat kerana tiada saksi 4 orang yang adil.

Jika ada bukti video dan disaksikan oleh 4 orang pakar yang adil, lain cerita.

Semoga Allah jaga iman kita.

BACA JUGA Tuduh orang Islam lain munafik dosa besar