PN belanja RM700 juta untuk publisiti, apa rakyat dapat?

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskankan bahawa perbelanjaan sehingga mencecah RM700 juta untuk kerja-kerja publisiti dalam kerajaan terdahulu adalah sangat besar.

Beliau berpendapat rakyat berhak tahu ke mana perbelanjaan sebanyak itu yang digunakan untuk mempromosi kerajaan gagal dalam tempoh 33 bulan itu.

“Ya, ini perbelanjaan yang sangat besar.

“Rakyat berhak tahu bagaimana RM700 juta ini telah dibelanja, sama ada semua direkod dengan baik atau jika ada sebarang perkara yang langgar undang-undang,” katanya di platform X, hari ini.

Fahmi berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan berita berkenaan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan bagi tempoh tiga tahun dari 2020 hingga 2022.

Kementerian Kewangan dilapor berkata, perbelanjaan tersebut digunakan oleh dua pentadbiran lalu untuk menguar-uarkan pencapaian dan usaha kerajaan melalui semua platform media massa.

Ini termasuk papan iklan (billboard), media cetak, media elektronik (televisyen dan radio) serta media sosial dengan kebanyakan perbelanjaan bagi tujuan tersebut diselaraskan oleh Pejabat Perdana Menteri.

BACA JUGA Menteri PN 33 bulan buat apa? Ini bukti Kerajaan Perpaduan cepat bantu rakyat Kelantan di Rantau Panjang