Ngeh mohon maaf, tarik balik cadangan JKMBTMS

Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) telah memohon maaaf berikutan cadangan beliau bahawa bukan Islam yang juga ahli Majlis Peguam dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Khas Mengkaji Bidang Tugas Mahkamah Syariah (JKMBTMS).

“Saya beranggapan proses tersebut akan turut meliputi pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Cadangan saya adalah agar pandangan semua pihak diambil kira sebelum pindaan perlembagaan dibuat.

“Memandangkan JKMBTMS diwujudkan dibawah MKI yang diketuai oleh Sultan Selangor yang saya tidak ketahui sebelum ini, maka saya menarik balik cadangan tersebut dan memohon maaf.

“Saya tidak berhasrat untuk campur tangan dalam hal ehwal agama Islam.”

Kenyataan beliau adalah selaras dengan penjelasan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang menyatakan bahawa Ngeh terkhilaf kerana tidak menyedari punca kuasa.