Bekas PM, ketua setiausaha sulit dipanggil SPRM minggu ini

Seorang bekas Perdana Menteri dan ketua setiausaha sulit dipercayai akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu ini.

Siasatan tersebut bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Lapor Utusan Malaysia memetik sumber, bekas pemimpin tertinggi kerajaan yang sedang disiasat SPRM itu disyaki memiliki aset, perniagaan daripada hasil meragukan.

Tumpuan siasatan juga memberi perhatian terhadap kekayaan dimiliki ahli keluarga pemimpin berkenaan termasuk anak-anak dan isterinya.

SPRM juga telah menyiasat seorang lagi bekas pemimpin tertinggi disyaki guna dana kerajaan bagi menyelamatkan perniagaan anaknya sehingga menyebabkan syarikat gergasi petroleum negara, kerugian lebih RM500 bilion sejak 1979.

Sejumlah dana daripada syarikat gergasi petroleum itu disyaki telah digunakan untuk membina beberapa projek mega negara.