Berebut tak sudah kerusi nombor 1 negara

Oleh LIYANA MARZUKI

Khazakhstan negara kecil di Asia Tengah. Makin maju dan berjaya. Resipi mereka, hantar orang muda ke luar negara. Sama ada ke UK, Amerika, Eropah atau China. Masuk universiti terbaik, hasilkan generasi cerdik.

Bila orang muda bijak pandai ini kembali ke tanahair, mereka diberi mandat bekerja dengan kerajaan.

Untuk dapat pengalaman. Ada yang berpotensi terus kena handpicked, terus menerajui agensi Kerajaan. Yang mana yang cemerlang, terus disambar parti politik.

Hasilnya 10 tahun kebelakangan ini, Khazakhstan berubah. Reformed dan transformed. Antara negara paling membangun di Asia Tengah kerana mereka percaya kepada generational jump.

Banyak negara yang percaya umur sesuai untuk pemimpin no. 1 negara ialah antara umur 40-60 tahun.

New Zealand, Canada dan Iceland mempunyai PM umur 40-an. Negara jiran kita, sekali PM nya dah nak capai 60 tahun. Mereka tahu mereka dah kena pass the baton. PM terbaru Singapora nanti umurnya baru menginjak 50 tahun.

Jacinda Ardern, PM NZ lepaskan jawatan PM selepas 2 penggal. Umur belum capai 50-an. Tapi beliau diiktiraf antara PM terbaik dunia ketika pandemik dan antara yang terbaik NZ pernah ada.

Itu hasil politik melalui generational jump. Bukan sentiasa ikut cara lama.

Tapi itu cerita negara orang bukan negara kita. Negara kita, kerusi no. 1 negara jadi musical chair, oleh politikus tua.

Berebut-rebut tak sudah. Siapa saja yang naik, tak puas hati belaka. Mereka perasan mereka saja yang layak memerintah. Kalau boleh selamanya.

Walhal, makin merudum negara ini hasil tangan dan dosa mereka.

Legasi hutang negara yang menggunung, keharmonian antara kaum tergugat, rakyat makin susah, bukan salah siapa. Ini hasil polisi dan budaya politik toksik sekian lama.

Negara makin merana, tapi keluarga dan suku sakat mereka, kaya 7 keturunan.

Itu pun masih nak berlawan-lawan. Mereka senang-senang lepaskan masalah negara kepada generasi muda nanti nak selesaikan.

Sempena tahun baharu ini, satu saja harapan kita. Moga ramai lagi anak muda berwibawa yang akan masuk arena.

Arena penuh toksik, penuh cabaran. Golongan muda yang sanggup berkorban. Masuk bukan untuk membina kekayaan tetapi untuk bina kembali negara penuh keikhlasan.

Let us show them the way. Pada politikus-politikus dinosaur ini. Bila mana politik toksik mereka menjahanamkan negara, kita akan ambil tanggungjawab betulkan kekhilafan.

Bukan untuk kita, tapi generasi masa depan.

Selamat Tahun Baru 2024.

Dirgahayu Malaysiaku, doaku hanya yang terbaik untukmu…