Pas yang melalak ‘Islam Terancam’ tidak buat 4 perkara ini
Oleh AHMAD MURSI
Ini 4 tindakan DAP yang beri kebaikan kepada Islam yang tidak dilakukan oleh Pas:
- Bahayanya DAP, 2018 – Lim Guan Eng, Menteri Kewangan DAP pertama dalam sejarah yang berikan royalti Kelantan kemudian Pas khianati dan tukar kepada wang ehsan.
2. Bahayanya DAP, 2023 – Adik Lim Guan Eng, Timbalan Menteri Pendidikan dari DAP yang pertahankan Hadith 40 diajar untuk umat Islam di sekolah.
3. Bahayanya DAP, 2023 – Antony Loke, Menteri Pengangkutan menyekat kapal Israel daripada berlabuh di negara kita sebagai solidariti kepada umat Islam Palestin.
4. Bahayanya DAP, 2019 – Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan digelar ‘Ibu Jawi’ oleh pembangkang semasa jadi kerajaan 22 bulan kerana memperkenal Jawi di SJK.
Pas momokkan DAP ancaman utama orang Melayu tapi kebodohan Pas menolak pelawaan YDPA menyertai Kerajaan Perpaduan dulu sangat menghairankan.
Empat inisiatif yang DAP buat itu, tidak dibuat oleh ‘Kerajaan Tebuk Atap PN-Pas Melayu-Islam terkuat di dunia’ kerana sibuk kumpul kekayaan sambil makan gaji buta dan kini melalak ‘Islam Terancam’.
Walhal, itu peluang Pas imbangi segala ‘ancaman DAP’ yang didakwa wujud selaku kerajaan.
Pas lebih senang jadi ‘batu api Asobiyyah Kaum’ yang Nabi tidak mengaku umat kerana Pas tiada kualiti berbahas isu polisi awam.
Kini, kestabilan negara adalah pada tahap terbaik dengan sokongan dua pertiga diwakili semua kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua rantau. Tiada satu pun tercicir.
Ini yang Pas nak pecahkan dan ulangi ‘Kerajaan Gagal 33 bulan’.
Kesemua kaum adalah warganegara yang sama-sama membangun dan mempertahankan tanah air kita.
Anthony Loke adalah pimpinan moderat yang jadi aliran utama dalam DAP kini. Ramai yang radikal seperti P. Ramasamy telah terpinggir atau terkeluar.
Tidak dinafikan ada seorang dua bermulut celupar dan telah terpinggir seperti Ngeh Koo Ham bercakap atas kapasiti peribadi, tapi itu tidak menjadikan kesemua pemimpin DAP begitu.
Jika ada individu yang bermasalah, individu itulah yang dipertanggungjawabkan. Tidak perlu persalahkan kesemua kaumnya.
Bacalah Perlembagaan Madinah Fasal 25 digubal sendiri oleh Rasulullah:
“Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗮 𝗵𝗮𝗹 𝗶𝘁𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗺𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶”.