Tahniah SPRM, buat tindakan gempar jaga harta negara, kata PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah berjaya membuat tindakan yang menggemparkan dalam menjaga harta negara.

Dalam ucapan sempena Tahun baru 2024 malam tadi, PM Anwar berkata, tindakan ini adalah satu tindakan yang menggemparkan.

“Kita mula melihat langkah yang menggemparkan, termasuk bertindak kepada penguasa yang maha kaya di negara kita yang diketahui umum menggondolkan harta negara.

“Tahniah kepada pihak SPRM,” kata PM Anwar dalam ucapan itu.

Beliau dipercayai merujuk kepada tindakan SPRM yang menyiasat bekas Menteri Kewangan dan menyita bangunan 60 tingkat, Menara Ilham, milik beliau selepas siasatan bermula sejak Februari 2023 lalu.

Dalam ucapan itu, PM Anwar juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Polis yang berjaya menyekat kegiatan dadah yang terbesar di Sabah.

“Pihak PDRM pula telah dapat mencekap kegiatan dadah terbesar di Sabah yang diketahui tidak ada tindakan berkesan sebelum ini,” kata beliau dalam ucapan itu.

Beliau juga memuji Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dapat menjalan tugas lebih berkesan dan juga Kastam yang membawa hasil yang lebih baik untuk negara.

Begitu juga usaha pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Luar yang berjaya membawa masuk pelaburan yang besar untuk negara sehingga menceceha RM350 bilion tahun lalu.

“Saya menggesa pasukan Jemaah Menteri, penjawat awam, sektor swasta dan kerajaan jadikan negara kita hebat dan gagah,” kata PM Anwar.

Dalam ucapan itu, PM Anwar turut menegaskan kerajaan beliau akan memberikan tumpuan utama kepada pertumbuhan ekonomi dan mengekang kos sara hidup pada tahun 2024 ini agar memberikan kesejahteraan kepada negara dan rakyat.

Walaupun pertumbuhan negara kekal empat peratus dan inflasi di bawah dua peratus, beliau mahu ia bukan sekadar angka sahaja tetapi rakyat keseluruhannya perlu merasainya dengan jelas.