9 persoalan berkaitan PADU

Anda pasti mempunyai persoalan mengenai PADU. Ia merupakan pangkalan data bersepadu yang akan membantu kerajaan menyalurkan subsidi kepada anda yang benar-benar layak.

Berikut adalah soalan yang kerap ditanya berkaitan PADU.

  1. Apa itu PADU

-Sebuah sistem pangkalan data bersepadu. Bermaksud mempunyai maklumat lengkap tentang individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap.

  1. Kenapa kita perlukan PADU?

-Untuk memastikan kecekapan penyaluran bantuan dan subsidi supaya adil dan saksama. Supaya hanya yang benar-benar layak dapat bantuan.

  1. Sebelum adanya PADU, apakah bantuan tak dapat disalurkan?
  • Sebelum ada sistem PADU, berlaku pertindihan bantuan dan tiada proses pemutihan(saringan untuk mereka yang terima bantuan). Ini menyebabkan pembaziran dan kerugian kepada negara.
  1. Bagaimana PADU dilaksanakan?
  • PADU dilaksanakan melalui dua cara, satu melalui perkongsian data oleh agensi kerajaan. Kedua, melalui pengisian kendiri (self-update). Ini bermakna data ini bukan sahaja dari kerajaan, akan tetapi akan dikemaskini bersama dengan data yang dikongsikan oleh rakyat.
  1. Apakah maklumat yang perlu dikongsi oleh rakyat ke dalam sistem PADU?
  • Antara maklumat yang diperlukan ialah maklumat peribadi, alamat kediaman terkini,tahap pendidikan,maklumar isi rumah, pekerjaan, pendapatan,komitmen perbelanjaan, bantuan yang telah diterima dan perakuan pengesahan maklumat. Rakyat hanya perlu isi 20% dari keseluruhan maklumat yang tersedia dalam sistem PADU.

6.Siapa yang patut kemaskini?

-Setiap individu yang berumur 18 tahun dan keatas bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat di dalam sistem PADU dan memastikan data yang diberikan adalah benar.

7.Berapa lama tempoh kemaskini?

-Dari 2 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024

8.Wajibkah rakyat berkongsi maklumat dalam sistem PADU ini?

-Tidak wajib. Perkongsian dan kemaskini adalah secara sukarela. Namun demikian, rakyat sangat digalakkan untuk mengemaskini supaya tidak terlepas bantuan atau subsidi sekiranya layak.

  1. Bagaimana sistem PADU dapat membantu rakyat?
  • Jika dahulu, bantuan disalurkan melalui kiraan pendapatan yang diletakkan dalam kategori B40,M40 dan T20. Kini, sistem PADU bukan sahaja mengira pendapatan, akan tetapi mengambil kira keseluruhan maklumat sosio-ekonomi isi rumah. Misalnya, jika gaji RM5000, tetapi anak 10 orang dan tinggal di bandar, masih lagi miskin dan layak terima bantuan.
  1. Apakah maklumat dalam sistem PADU ini selamat?

-Sudah tentu.Kerajaan menjalankan kerjasama strategik bersama MAMPU,CGSO, NACSA dan Cybersecurity Malaysia bagi menjamin keselamatan maklumat PADU.