Jumlah pelawat awam ke Parlimen dihadkan kerana kerja naik taraf

Jumlah kehadiran awam ke parlimen akan dihadkan ekoran daripada kerja menaik taraf dan membaiki kemudahan di kompleks Parlimen Malaysia.

Kerja -kerja ini telah bermula sejak 1 Dis 2023 dan dijangka habis pada 31 Dis 2024, umum bahagian komunikasi korporat, Parlimen menerusi akaun Instagram.

Kerja naik taraf dan baiki kemudahan akan melibatkan galeri awam, laluan pejalan kaki berbumbung, pemasangan pagar dan sistem keselamatan, baik pulih jalan dan pembinaan jalan baharu untuk pelawat.

Lencongan jalan dan penyuraian trafik akan dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut.

Ini bukan kali pertama Parlimen menjalani kerja naik taraf.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 menyatakan bahawa kerja-kerja ini mengalami kelewatan sehingga 14 tahun.