Mengapa Mahathir terus berpolitik walau usia hampir 100 tahun?

Oleh NORMAN RADZUAN

Jika masyarakat Melayu berfikiran kritikal pastinya mereka terfikir, tidak masuk akal Mahathir mahu terus berpolitik sedangkan usianya akan mencapai 100 tahun pada tahun hadapan?

Barangkali beliau adalah satu-satunya manusia di dunia berusia 99 tahun yang masih mahu berpolitik.

Persoalannya, benarkah kerisauannya pada nasib bangsa Melayu atau apa lagi yang tidak selesai di hatinya?

Maaf, bahasa sedikit keras. Hanya orang bodoh sahaja yang mempercayainya. Beliau sebenarnya takut salah guna kuasanya terbongkar.

Permainan agama dan bangsa ini adalah pendekatan politik beliau sejak dulu kerana ia adalah selling point terbaik di negara kita.

Kronologi apa yang berlaku kepada Tun Daim adalah antara bukti awal yang heboh diperkatakan kenapa Mahathir mahu terus berpolitik.

Kebimbangannya ialah manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Satu-satunya manusia yang beliau anggap sebagai orang yang berani melawan dirinya dan taikun-taikun besar yang selama ini takut disentuh oleh mana-mana pihak.

Anwar Ibrahim

Belum berkuasa Anwar sudah berani apatah lagi apabila punca kuasa di tangannya.

Pastinya Anwar Ibrahim akan menggunakan jentera kerajaan yang ada untuk membongkar kes salah guna kuasa kedua Tun ini yang pernah membuatkan matanya lebam 25 tahun dahulu.

Tan Sri Tajuddin Ramli adalah antara individu awal yang mendedahkan apa yang berlaku 25 tahun dahulu.

Katanya sehingga kini beliau tidak dapat melupakan kata-kata Tun Daim kepadanya, “You don’t say no to PM.”

Kita nantikan adakah episod kes ini dapat dibuktikan. Mahathir sepertimana beliau sanggup ‘melutut’ kepada Anwar di dalam mahkamah, kali ini beliau melakukan pendekatan yang serupa.

Beliau sanggup ‘melutut’ dengan berkunjung ke rumah Hadi Awang untuk gula-gulakan Pas walaupun umum tahu apa yang tidak Mahathir kata kepada parti itu.

Mahathir tahu jika dahulu dia bergantung kepada Anwar untuk menjatuhkan Najib, kali dia terpaksa gunakan Hadi untuk menjatuhkan Anwar. Yang tertipu penyokong-penyokong Pas.

Mahathir akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Anwar. Beliau lakukan pada 1998 dan sekali lagi beliau lakukan pada 2019. Begitu juga bagaimana beliau menjatuhkan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

Kejamnya beliau dikatakan sanggup untuk mengharamkan UMNO seperti didedahkan oleh Zahid Hamidi dan Saifuddin Nasution. Nasib baik parti keramat org Melayu itu diselamatkan oleh Anwar Ibrahim ketika itu.

Mahathir tidak peduli semua itu asal matlamat menghalalkan cara. Kata Tun Musa Hitam kepada Lim Kit Siang, “I frankly don’t trust Mahathir.”

Barangkali panjang umur kedua Tun ini untuk membuka minda orang Melayu bahawa bumi Melayu ini kaya raya tetapi tergadai seluruh harta benda oleh manusia yang tamak haloba. Wallahualam.

BACA JUGA Mahathir berbaik dengan musuh politik