Mahathir nafi terlibat Langkah Dubai, Anwar pesan jaga kesihatan

Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menyebut “jaga kesihatan” ketika mengulas sindiran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir bahawa usaha menubuhkan kerajaan pintu belakang di negara ini adalah kepakaran Anwar.

Mahathir dalam kenyataannya di platform X hari ini, menafikan dia terbabit dalam gerakan Langkah Dubai yang bertujuan menjatuhkan kerajaan.

Penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) itu berkata, dia tidak berada di Dubai, ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) seperti yang heboh diperkatakan.

“Pertamanya, saya sudah lama tidak ke Dubai.

“Keduanya, sepanjang ingatan saya usaha politik langkah-melangkah, kerajaan pintu belakang atau backdoor Government adalah kepakaran Perdana Menteri,” sinisnya.

Bekas perdana menteri sebanyak dua kali itu berkata demikian dalam satu catatan di laman X, hari ini.

Â