PM baru kononnya muncul tapi ahli pula ceroboh rumah MB

Oleh NORMAN RADZUAN

Disebabkan gaya pemikiran orang Melayu begitu lemah, kita tulis cara bahasa pasar sahaja agar mereka mudah faham.

Sebabnya saya tidak faham kenapa begitu rendah taraf pemikiran mereka sehingga mudah dikotak-katikkan.

Paling menghairankan yang gempal, yang berjambang, yang berkopiah tanpa ada perasaan malu memberi harapan palsu kepada penyokong mereka kerajaan akan tumbang sejak 2022 lagi.

Patutlah di sekolah sudah mula diperkenalkan silibus pemikiran kritis dan kreatif.

Jika tidak, orang Melayu akan dibawa ke pemikiran yang tanpa menggunakan akal untuk menilai sesuatu perkara.

Saya ingin mengajak anda melihat kronologi penipuan bertali arus membodohkan pemikiran orang Melayu:

  1. Nov 2022 – Dah cukup jomlah
  2. Dec 2022 – Kerajaan Perpaduan tidak kukuh dan bila-bila masa akn tumbang.
  3. Januari 2023- Kerajaan Perpaduan akan tumbang hujung Januari
  4. Februari 2023 – Kerajaan Perpaduan akan tumbang bulan ini (Februari)
  5. Mac 2023 – Kerajaan Perpaduan akn tumbang pada bulan puasa.
  6. Mei 2023 – Kerajaan Perpaduan akan tumbang selepas Hari Raya. Perdana Menteri cabar undian di Parlimen tapi pembangkang tidak berani.
  7. Jun 2023 – GPS akan sertai PN, Perdana Menteri akan bertukar pada Julai. GPS nafikan bersama PN.
  8. Julai 2023- Sudah cukup jumlah kerajaan Perpaduan akan tumbang September.
  9. Ogos 2023 – Kerajaan akan tumbang bila-bila masa (bye2 PM)
  10. Oktober 2023 – Ahli UMNO akan tarik sokongan. Kerajaan akan tumbang.
  11. Nov 2023 – PMX sudah hilang majoriti kerajaan akan bertukar.
  12. Dis 2023 – Petang Jumaat kerajaan akan bertukar.
  13. Dis 2023 – Langkah Dubai. Pemimpin-pemimpin sudah bersepakat bersetuju.
  14. Januari 2024 – Akhirnya MB Kedah terpaksa beritahu dia tahu tarikh kerajaan akan tumbang. Bila…? Barangkali dia akan memberi alasan hanya membaca Pdf sahaja seperti kes litar lumba di Kedah.
  15. Januari 2024 – Raja Petra beritahu dia sudah ada senarai mereka yang akan serah SD.

Bagaimana orang Melayu boleh percaya kepada Raja Petra yang terkenal dengan pembohongannya?

Sedangkan Mahathir sendiri pernah memberitahu “ Raja Petra ini mabuk, cakap pun tak betul.”

Malah, Peguam Gopal Sri Ram pernah memberitahu mahkamah bahawa Raja Petra ini seorang pembohong, tiada kredibiliti dan bersembunyi di UK.

Dari 2022 sampailah 2024, daripada tiada janggut sampai berjanggut diberi harapan palsu.

Yang lucu dalam pembangkang mereka reka cerita kononnya akan muncul PM baru tapi barang order lain, barang sampai lain, yang muncul ahli mereka menceroboh rumah Menteri Besar.

Apakah amanat yang disampaikan kepada tiga lelaki ini hingga begitu berani menceroboh ke rumah Menteri Besar?

Saya hairan kenapa cerita ini tidak dibesarkan oleh media mainstream. Ia bukan biasa-biasa.

Yang mereka ceroboh ini rumah Menteri Besar bukannya rumah Ketua Kampung. Persoalannya, apakah tujuan mereka?

Masih ingat kejadian ahli Pas baring di jalan raya menghalang laluan kenderaan Raja Nazrin ketika itu. Mengapa tindakan mereka begitu berani hingga di luar batas pemikiran waras?

Itulah yang dibimbangi ramai pihak bahawa fahaman Khawarij dikatakan meresap ke dalam pemikiran ramai orang Melayu.

Apabila puak ini menjadi semakin besar dan berkuasa ketika itu sudah terlambat untuk menghalang puak-puak pelampau agama ini dengan tindakan-tindakan yang lebih ekstrem.

Salah siapa? Salahkan diri anda sendiri yang tidak sedar bahawa fahaman Khawarij itu telah meresap ke pemikiran anda.