Empat langkah garis panduan tata kelola BBP

Pejabat Perdana Menteri telah mengumumkan empat langkah yang menjadi garis panduan kepada pemerkasaan tata kelola badan berkanun persekutuan (BBP).

Pengumuman ini selaras dengan perasmian Simposium Tata Kelola Nasional di Sepang pagi tadi.

Pertama, pengukuhan proses pelantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah BBP berdasarkan kriteria telus dan mewajibkan semakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, insolvensi dan Polis Diraja Malaysia.

Peranan audit dalam secara menyeluruh di peringkat BBP termasuk syarikat dan perbadanan kepunyaan BBP.

Seterusnya, struktur dan komposisi keahlian Lembaga Pengarah diperkukuhkan dengan penglibatan wajib Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), terutamanya BBP yang menerima peruntukan Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Yang terakhir ialah Sistem Badan Berkanun – platform tatakelola BBP untuk tujuan pelaporan berkala kepada Perdana Menteri.

Keempat-empat garis panduan ini akan menjadi keutamaan dalam pemerkasaan BBP.

Dalam perkembangan berkaitan, format baharu pengisytiharan harta anggota pentadbiran dan ahli parlimen telah dibincangkan dan akan dibentangkan kepada jemaah menteri sebelum dikuatkuasakan semula.

Â