RM700 juta: Mantan perdana menteri, pembantu sah akan disoalsiasat – SPRM

Seorang mantan perdana dan para pembantunya disahkan akan dipanggil untuk soal siasat berhubung RM700 juta yang dibelanjakan untuk publisiti, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila mereka akan dipanggil untuk soal siasat.

“Buat masa sekarang, apa yang penting ialah kita ingin lihat bagaimana dana tersebut dibelanjakan dan siasatan bukan berkenaan bagaimana ia diluluskan,” kata Azam di Simposium Tata Kelola Baik Nasional di Sepang.

Azam juga enggan menjawab sama ada mantan perdana menteri yang akan disoal siasat ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

SPRM mengesahkan bahawa ia menyiasat dana RM700 juta yang dibelanjakan untuk publisiti dua perdana menteri sebelum ini.

Penyiasatan telah dimulakan berdasarkan maklumat yang diterima oleh SPRM ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dalam bulan November 2023.

Menurut Anwar, RM700 juta dibelanjakan untuk iklan, promosi dan publisiti pencapaian kerajaan persekutuan di antara tahun 2020 dan 2022.

Hampir RM500 juta dari jumlah tersebut telah dibelanjakan oleh perdana menteri kelapan Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Penggantinya, Ismail Sabri pula membelanjakan hampir RM200 juta untuk tujuan sama.