SPRM masih siasat derma kepada Aman Palestin

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih menyiasat sama ada jutaan ringgit wang derma kepada pertubuhan bukan kerajaan Aman Palestin untuk mangsa perang Israel – Hamas di Gaza dihantar kepada penerima yang sepatutnya.

Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki menyatakan bahawa pasukan penyiasat berdepan kesukaran mengikuti aliran wang kerana terdapat banyak perkara yang menjadi tanda tanya.

“Penyiasatan kita sekarang ialah samada derma yang disalurkan ke Palestin dan negara lain seperti Syria. Bagaimana derma tersebut dihantar.

“Mereka mendakwa telah menghantar derma. Siapa penerimanya? Itulah yang sedang diperiksa penyiasat,” kata beliau setelah Simposium Tata Kelola Nasional pagi ini.

“Mereka memberikan kita nama tetapi siapa mereka? Sebagai penyiasat, terdapat banyak perkara yang kami ragui,” katanya merujuk kepada maklumat dari Aman Palestin.

Azam juga berkata SPRM sedang menyiasat syarikat yang ditubuhkan Aman Palestin tanpa sebarang kaitan kepada Palestin untuk meneliti sama ada mereka turut mengumpulkan derma untuk mangsa perang di Gaza.

“Contohnya, jongkong emaas yang dibeli untuk pelaburan. Ini isu yang perlu kami siasat. Sekiranya ada salah guna, kita akan syorkan tuduhan kepada pendakwaraya.

Aman Empat jongkong emas Grade 999.9 dengan berat masing-masing 1 kilogram telah dirampas ketika pemeriksaan pejabat mereka dalam November.

Persoalan telah ditimbulkan berkaitan dana sebanyak RM70 juta yang diderma dan sepatutnya disalurkan ke Gaza.

Peguam Aman Palestin Mohd Rafique Rashid Ali mengakui bahawa dana derma telah digunakan untuk membeli jongkong emas kerana ia lebih mudah untuk ditunaikan.