Terdedah rupa-rupanya Hadi Awang yang tidak mahu jumpa Anwar
Hantaran Facebook seorang penyokong Perikatan Nasional (PN) yang pada awalnya ingin menyerang Perdana Menteri, akhirnya bertukar menjadi hantaran yang membuka aib Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Menurut individu menggunakan nama Meor Abdullah, dia mendakwa Anwar pembohong apabila mengatakan tidak dapat bertemu dengan Abdul Hadi yang sedang berehat selepas baru sahaja menjalani rawatan dialisis.
Meor berkata, apa yang berlaku sebenarnya ialah Abdul Hadi yang tidak mahu bertemu dengan Perdana Menteri.
“Bila orang kata buka mulut bohong marah. Sebelah saya adalah anak Abdul Hadi (iaitu) Ustaz Yusuf. Bila ditanya betul ke apa Anwar tulis…
“Dia yang berada dalam bilik bersama Ayah Chik dan Che Ngah (panggilan ibunya).
“Anwar ketuk pintu tapi Ayah Chik yang tak nak jumpa. Tapi diceritakan di statusnya lain,” katanya.
Hantaran itu bagaimanapun tidak dapat dilihat di Facebook Individu tersebut dipercayai telah dipadam.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini bergegas ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menziarahi Abdul Hadi yang menerima rawatan di situ.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata beliau tidak sempat untuk bertemu dengan Ahli Parlimen Marang itu kerana doktor memaklumkan beliau sedang berehat selepas menerima rawatan dialisis dan menjalani beberapa prosedur kesihatan.
Hantaran Meor Abdullah itu menarik perhatian seorang aktivis politik, Miqdad Zakaria yang mengumpamakan perkongsian tersebut seperti membuka aib sikap sebenar Abdul Hadi.
“Dari semalam sahabat-sahabat duk tanya isu Haji Hadi tak nak jumpa PMX. Ana pun hairan macam mana ia boleh pecah, rupanya si Meor Abdullah yang buat hantaran buka aib Haji Hadi.
“Kalau ikutkan ana malas nak sentuh sangat pasal ni, sebab ana dah kenal sangat perangai Haji Hadi, dan bagi ana itu hak dia tak nak jumpa siapa.
“Kepada encik Meor Abdullah, walaupun kamu sudah padam hantaran, ia tetap nampak bodoh dan bangang.
“Bodoh sebab pecah rahsia, bangang sebab aibkan Haji Hadi di mata masyarakat,” katanya.
Miqdad berkata, dia mempunyai pertalian darah dengan keluarga Abdul Hadi dan mengetahui lebih banyak info dari individu tersebut.
Dia mendedahkan, Abdul Hadi sempat koma selama enam jam namun tidak disebarkan atas permintaan keluarganya. Dia juga akur biarpun berbeza fahaman politik.
“Masa Haji Hadi koma 6 jam baru ni pun ana diam sahaja. Sebab keluarga minta ia dirahsiakan. Ana akur walaupun berbeza fahaman politik.
“Apapun, semua dah jadi. Semoga ada hikmah dari apa yang berlaku,” ujarnya.
BACA JUGA Papagomo didakwa hari ini kerana kenyataan khianat
Â