Senarai penuh barisan kepimpinan Pemuda AMANAH Nasional 2023-20236
Pemuda AMANAH Nasional selesai melantik barisan kepimpinannya bagi sesi 2023-2026 yang terdiri dari 19 Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan 13 Pengerusi Biro-Biro.
Menerusi mesyuarat yang diadakan pada 5 Januari lalu, pemuda AMANAH bersetuju melantik 5 Naib Presiden antaranya Muhammad Faris Arriffin, Mohammad Ammar Atan, Mohd Zulhazmi Hassan, Asmaaliff Abdul Adam dan Rendy Ismail.
Setiausahanya, Ahmad Shahir Mohd Shah dalam satu kenyataan berkata, barisan kepimpinan yang dibentuk kali ini merupakan pemimpin-pemimpin muda yang mempunyai komitmen tinggi terhadap parti dengan pengalaman gerak kerja di lapangan secara terlatih.
“Dengan kepelbagaian latar belakang dan profesion barisan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Nasional yang baru dilantik, Pemuda AMANAH beriltizam menjadi salah satu platform politik pilihan anak muda untuk bersama-sama mendepani cabaran semasa.
“Dasar Parti AMANAH Negara akan menjadi teras dalam setiap agenda dan gerak kerja Pemuda AMANAH,” katanya.
Harapan Daily kongsikan senarai penuh barisan kepimpinan baharu yang dilantik:

Ketua Pemuda: Senator Mohd Hasbie Muda
Timbalan Ketua Pemuda: ADUN Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid
Naib Ketua 1: Muhammad Faris Arriffin
Naib Ketua 2: Mohammad Ammar Atan
Naib Ketua 3: Mohd Zulhazmi Hassan
Naib Ketua 4: Asmaaliff Abdul Adam
Naib Ketua 5: Rendy Ismail
Setiausaha: Ahmad Shahir Mohd Shah
Timbalan Setiausaha: Ammar Izham
Penolong Setiausaha: Dr Mohamed Nashrudin Naharudin
Penolong Setiausaha: Fakhrul Razi Hamdan
Penolong Setiausaha: Muhammad Ramadhan Mohd Lotphi
Bendahari: Mohd Firdaus Mokhtar
Setiausaha Organisasi: Abdullah Su’ady Ramadhan Mohd Nasir
Pengarah Komunikasi: Asim Abdullah Ainullotfi
Pengarah Pilihan Raya: Muhammad Nur Hafiz Roslan
Pengarah Strategi: Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar
Pengarah Pembangunan Sumber Manusia: Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda
Pengarah Hal Ehwal Syariah: Mohammad Mirzan Abdul Majid
Pengerusi Biro-Biro

Biro Jaringan NGO: Mohd Azhar Abdul Rahman
Biro Tugas-Tugas Khas: Aizat Mustaqim Ruslan
Biro Keusahawanan: Muhammad Taqiuddin Cheman
Biro Kemajuan Desa dan Felda: Ridhuan Esa
Biro Kesihatan: Muaz Abdullah
Biro Pengembangan Bakat dan Potensi: Omar Tuah
Biro Perpaduan: Khairol Najib Hashim
Biro Media Baharu & Penulisan Kreatif: Muammar Qaddafi Mohd Nasir
Biro Pendidikan & Dakwah: Ahmad Saqif Ansorullah Ahmad Jihbadz Mokhlis
Biro Perubahan Iklim & Kelestarian Alam: Mohd Hanis Alimin
Biro Antarabangsa & Pembelaan Ummah: Muhammad Mus’ab Muzahar
Biro Ekonomi & Perdagangan: Dr Ng Rui Wei
Biro Pertanian: Syahidul Amri Khairuddin
BACA JUGA AMANAH umum barisan kepimpinan tertinggi, lantik 2 lagi Naib Presiden
Â