Siasat dakwaan PN guna RM1 bilion beli MP untuk jatuhkan kerajaan

Seorang Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri menggesa satu siasatan dilakukan terhadap dakwaan seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) terlibat dalam usaha untuk ‘membeli’ individu berpengaruh dan ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Dakwaan itu hadir selepas sebuah blog mendakwa pemimpin PN yang juga seorang Ahli Parlimen, telah menyediakan dana sebanyak RM1 bilion untuk merasuah ahli Parlimen kerajaan agar menarik balik sokongan terhadap perdana menteri.

“Kami berharap polis boleh menyiasat jika ini benar.

“Orang ramai sudah muak (dengan spekulasi tentang usaha menjatuhkan kerajaan ini). Kerajaan sedang bekerja keras untuk merangsang pemulihan ekonomi,” kata Datuk Azman Abidin, setiausaha politik kepada perdana menteri, seperti dilapor FMT.

PN

Hujung tahun lalu, terbongkar komplot yang didakwa ingin menggulingkan kerajan melalui apa yang disebut sebagai Langkah Dubai.

Gerakan itu dipercayai dirancang sebahagian besar pemimpin Perikatan Nasional (PN) dengan ada dakwaan mengatakan ia turut membabitkan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN).

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli Parlimen kerajaan bagaimanapun enggan melayan segala rancangan itu.

BACA JUGA KINK didakwa gagal tunjuk waran mahkamah untuk robohkan rumah?

Â