Blok Borneo tak akan cetuskan langkah guling kerajaan
Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang berada dalam blok kerajaan atau Blok Borneo tidak akan memulakan sebarang langkah menggulingkan kerajaan persekutuan, kata bekas timbalan menteri kewangan, Datuk Yamani Hafez Musa.
“Ia demikian meskipun terdapat sokongan MP dari GPS, Umno dan Warisan di Sabah untuk Langkah Dubai,” katanya lapor Sinar Daily.
“Saya percaya blok politik ini (Blok Borneo) tidak akan mencetuskan sebarang langkah untuk menggulingkan kerajaan,” katanya.
Yamani yang merupakan anak mantan Ketua Menteri Sabah sebarang langkah mengubah kerajaan persekutuan bergantung kepada MP Sabah dan Sarawak.
“Biasanya MP Sabah akan ikut keputusan rakan mereka dari Sarawak berdasarkan semangat blok Borneo.”
Yamani berkata demikian sebagai respon kepada dakwaan pengarah piliharaya Perikatan Nasional Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa PN mempunyai bilangan MP yang mencukupi untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.
Sanusi membuat dakwaan tersebut pada 7 Januari tetapi memperincikan dakwaannya.
Percubaan menjatuhkan kerajaan terbaru dikenali sebagai Langkah Dubai telah dibongkar oleh timbalan ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop.