Isteri, 2 anak Tun Daim beri keterangan SPRM hari ini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil isteri dan dua anak bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin untuk memberi keterangan hari ini.

Toh Puan Naimah Khalid dan dua orang anak dikehendaki memberi keterangan berkaitan siasatan SPRM ke atas Daim pada pukul 10.30 pagi hari ini.

Keterangan akan direkodkan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Pada minggu lalu, empat individu telahpun merekodkan keterangan mereka.

Siasatan SPRM adalah dipercayai berkaitan sitaan bangunan Menara Ilham pada Disember 2023.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki telah pun mengesahkan Daim sedang disiasat dan telah mengumumkan aset lain milik Daim dan keluarga mungkin disita ekoran kegagalan Daim menjelaskan sumber dananya.