Pengampunan Najib: Jemaah Menteri tak boleh dahului proses

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini tidak menyentuh perkara membabitkan Lembaga Pengampunan termasuk kes Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Kabinet tidak boleh mendahului proses terbabit kerana itu kuasa dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

“Kita tidak bincangkan dalam mesyuarat hari ini tetapi lazimnya kita tidak boleh mendahului proses (Lembaga Pengampunan).

“Jadi, kita serahkan kepada Lembaga Pengampunan (berhubung isu pengampunan Najib),” katanya pada sidang media hari ini.

LANJUT MENYUSUL