Khutbah pertama masjid Menara Merdeka 118, roh tergantung jika tidak bayar hutang
Khutbah Jumaat pertama di Masjid Al-Sultan Abdullah yang terletak di sebelah Menara Merdeka 118 memberikan peringatan tentang kewajiban membayar hutang.
Dalam khutbahnya, khatib memberikan ingatan jika hutang tidak dibayar, roh seseorang itu tidak akan diangkat sehinggalah hutangnya diselesaikan.
Khutbah untuk solat Jumaat buat kali pertama di Masjid itu dibuat ketika masyarakat hangat membincangkan hutang yang dibuat akhbar Harakah yang dimiliki Pas sehingga mahkamah mengarahkan agar ia dibayar.
Lima perkara yang dinyatakan khatib iaitu berhutang dalam batas mampu bayar, merancang belanja, sentiasa berhubung dengan peminjam bila tidak boleh membayar hutang, jangan berhutang jika boleh pilih dan elak berhutang dengan ah long atau ceti haram.
Beliau juga menegaskan, hutang wajib dibayar.
“Sesiapa yang berhutang hendaklah berniat untuk segera membayarnya,” kata khatib.
Semalam, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian Menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur.
Turut berangkat Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada jam 8.30 malam disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.
Menara Merdeka 118 itu dimiliki PNB melalui anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd.
Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai (828 meter).
Direka bentuk oleh Fender Katsalidis dari Melbourne, Australia struktur itu termasuk puncak menara 40 tingkat (160.4 meter).
BACA JUGA Dusuki masih ‘hilangkan diri’, tak bayar lagi hutang RM23,000
Â