Tinjauan ekonomi rakyat Wan Fayhsal serupa macam merayap di Kuala Lumpur sahaja
Perkongsian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang melakukan tinjauan ekonomi rakyat sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur mengundang komen sinis pengguna media sosial.
Menerusi hantaran di aplikasi X, Wan Fayhsal dilihat berjalan sekitar ibu negara dengan Ahli Parlimen Larut yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Dalam tinjauan tersebut, Ketua Armada Bersatu itu mendakwa mereka ditanya oleh rakyat tentang “bila lagi?” – dipercayai merujuk kepada usaha untuk mengambil alih kerajaan.
“Tinjauan ekonomi rakyat bersama YB Ketua Pembangkang di ibu kota.
“Di mana-mana kami pergi ada saja rakyat yang bertanya: “Bila lagi?”
“Insha-Allah. Doa-doakan!,” ciapnya.
Di ruangan komen, warganet menganggap ‘tinjauan ekonomi rakyat’ itu hanya sekadar merayap di Kuala Lumpur.
“Tinjauan ekonomi apa benda entah ni. Ini merayap-merayap di sekitar Kuala Lumpur lah!,” komen warganet.
“Tinjauan syok sendiri. Guna perkataan rakyat untuk sekadar lakonan. Tiada kelihatan langsung kelibat rakyat dalam 35 saat video ini. Setakat seorang dua pengikut. Level ketua pembangkang ni. Memalukan!,” komen yang lain.
Sementara itu Hamzah dilihat memuat naik hantaran mengatakan ketika tinjauannya di ibu negara, ramai mengadu tentang kehimpitan hidup dan harga barang yang dikatakan semakin mahal.
Begitupun coretan di awal hantaran beliau mengundang reaksi ramai apabila mendakwa pembangkang tidak mengetahui tentang Langkah Dubai yang sedang diperkatakan.
Pengguna X mempersoalkan mengapa hantaran itu bercanggah dengan Wan Fayhsal yang ‘minta didoakan’ – ketika orang awam bertanya ‘bila lagi’.
“Kata tak tahu menahu tapi Tweet macam ini di hantaran sebelum, munafik gila,” komen warganet sambil menyertakan tangkap layar hantaran Wan Fayhsal.
BACA JUGA Dusuki masih ‘hilangkan diri’, tak bayar lagi hutang RM23,000