‘Dah hilang kuasa, terus jadi kaki sembang’ – Hamzah dakwa ramai hidup susah

Coretan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kononnya ramai yang mengadu kehidupan mereka bertambah susah dilihat hanya mengundang reaksi berbaur sindiran.

Terdahulu, menerusi catatan di Facebook, Hamzah berkata, rakyat masih tertunggu-tunggu akan keharmonian dan kesejahteraan hidup selepas dua minggu menjejak tahun baharu 2024.

Dia juga ‘hairan’ kononnya pembangkang sendiri tidak tahu menahu tentang Langkah Dubai dan menegaskan fitnah yang direka dan dimainkan oleh pihak tertentu tidak langsung memberi manfaat kepada rakyat.

Malah, hasil tinjauannya ketika makan tengahari di pusat bandaraya Kuala Lumpur mendakwa “ramai yang mengadu kehidupan mereka bertambah susah”.

“Bukan saja harga barang naik, caj perkhidmatan dan utiliti juga meningkat. Persoalannya, di mana penyelesaian kos sara hidup yang menghimpit rakyat di waktu ini?

“Kenyataan PMX membawa 1,001 soalan, apa maksud dana berjuta-juta untuk dijadikan sumbangan.

“Mengapa dicampur-adukkan dengan pertemuan menghadap DYMM YDPA? Rakyat merasakan ada sesuatu yang janggal,” sembang Hamzah lagi.

Susulan itu, rata-rata komentar yang membanjiri hantaran tersebut mengingatkan kembali kos barangan makanan ketika PN jadi kerajaan jauh lebih melambung.

“Alahai… bila dah hilang kuasa, terus jadi kaki sembang. Tulis post macam bagus tapi terpercik muka sendiri.

“Rakyat terpaksa kibar bendera putih sebab Abah (Mahiaddin) rela simpan duit RM300 juta dalam akaun parti daripada menolong kita. Malah, orang lain nak tolong Abah pun nak sekat,” demikian kecam warganet.

Dalam masa sama, ada yang juga mengaitkan dengan kes anak kepada Setiausaha Agung PN itu yang dihadapkan ke mahkamah atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan.

Untuk rekod, Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Yasin yang juga Pengerusi PN telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun lalu berkaitan siasatan membabitkan wang RM300 juta disyaki diterima Bersatu.

Â