‘Nuar baru up status’ – Ratu Naga kena kecam

TikTokers pro Perikatan Nasional (PN), Ratu Naga hanya mengundang kecaman orang ramai selepas menyangka Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada di majlis istiadat perkahwinan anakanda Sultan Brunei.

Dia kemudiannya malam tadi mengeluarkan ralat dengan alasan Perdana Menteri menerusi media sosial baru memaklumkan hadir dalam Istiadat Persandingan Diraja itu.

“Nuar baru up status dia ada p sekali. Nak marah saya pun tak boleh sebab depa block saya,” dalihnya di platform X.

Rata-rata warganet menggeleng kepala dan mengutuk Ratu Naga memandangkan tanpa Anwar memberitahu hadir pun, media dan laporan mengenai perkara itu sudah tersebar.

“… sebarkan benda yang dia (Ratu Naga) sendiri tak pasti. Acah acah kena block, tak perlu tunggu PMX up status, video bersepah dalam TikTok.

“Saya yang tengok sendri nampak (Anwar) tengah hari tadi live… pakai baju hitam songkok hitam, isteri pun berpakaian serba hitam.

“Kesian dah tidak ada modal. Jelas dah membohong. Punyalah banyak video PMX hadir dalam majlis di Brunei itu,” demikian antara kecaman warga maya.

Menerusi siaran langsung di Radio Televisyen Brunei semalam, Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail jelas dilihat hadir ke Istiadat Persandingan Diraja Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama Dayang Anisha Rosnah.

Anwar kemudiannya dalam catatan melalui Facebook turut menitipkan doa semoga perkahwinan anakanda Sultan Brunei berkenaan diberkati serta dirahmati Allah SWT.

Beliau turut memaklumkan sempat bertemu pemimpin ASEAN lain yang hadir ke majlis berkenaan, antaranya Presiden Indonesia, Joko Widodo; Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr; dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.