PM Anwar ucap selamat berjuang Harimau Malaya

Perdana Menteri mengucapkan selamat maju jaya buat pasukan Harimau Malaya yang akan memulakan saingan Piala Asia 2023 menentang Jordan awal pagi esok.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perlawanan pertama itu satu misi penting untuk membawa nama negara khususnya menerusi sukan bola sepak ke pentas antarabangsa.

“Seluruh rakyat Malaysia mendoakan kalian bertempur dengan penuh semangat. Selamat berjuang!,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau malam ini.

Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon akan turun menentang Jordan di Stadium Al Janoub bagi saingan Kumpulan E dan ia menjadi penampilan semula skuad negara di kejohanan tertinggi Asia itu selepas 2007.