UiTM juara Debat Kepenggunaan antara IPT
Pasukan pendebat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menjadi juara dalam Pertandingan Debat Kepenggunaan Antara IPT 2024.
Pasukan UiTM itu berjaya merebut piala yang disediakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Mereka telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000.
Pendebat UiTM, Ahmad Hariz Hazmi juga berjaya menjadi Pendebat Terbaik pertandingan ini.
Hadiah dan piala telah disampaikan oleh Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri KPDN.