Kelantan akan dilayan secara rahmah, adil dan telus
Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) yakin kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melayan negeri Kelantan menurut kerangka rahmah yang adil dan telus.
Ahli Jawatankuasa AWAN, Zaitun Latif berkata walaupun negeri itu ditadbir parti pembangkang segala masalah rakyat akan diberi perhatian oleh semua jabatan dan agensi pusat yang berkaitan.
“Kita yakin kerajaan perpaduan amat mesra rakyat dan sentiasa prihatin dengan segala masalah yang dihadapi,” katanya ketika ditemui di majlis penyampaian bakul rahmah di Pusat Khidmat DUN Kota Lama semalam.
Perdana Menteri katanya sentiasa hadir sendiri menyantuni penduduk apabila berlaku bencana seperti banjir yang berlaku setiap tahun.
Majlis berkenaan diadakan khas untuk golongan kurang baik dari kalangan warga China yang dalam persiapan menyambut perayaan Tahun Baru China.
Puan Zaiton dan rombongan AWAN negeri Perak megadakan lawatan ke negeri Kelantan dalam rangka menyampaikan bantuan pasca banjir yang melanda bulan lalu.
ADUN Kota Lama Dr. Hafizah Mustakim yang menyambut rombongan itu mengucapkan terima kasih atas keprihatian terhadap masalah dan bencana yang di hadapi rakyat Kelantan.
“Pihak kami amat bertuah kerana ada sahabat-sahabat yang tidak pernah melupakan masalah yang kita hadapi di sini,” katanya ketika berucap di majlis tersebut.
Rombongan dari Perak itu yang mengadakan lawatan dua hari itu turut dijadualkan melawat tempat-tempat pengeluaran produk makanan tradisional dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.
Â