Kerana silap siar gambar, PMX difitnah tidak dijemput ke majlis Jamuan Teh Diraja

Tindakan sesetengah pihak menyebarkan fitnah kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dijemput menyertai Majlis Jamuan Teh DiRaja di Istana Negara hari ini adalah dikesali.

Ini kerana, PM Anwar telah menyertai majlis itu bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Setri Dr Ahmad Zahid Hamidi namun beliau telah pulang lebih awal kerana menyertai majlis yang lain.

Fitnah bermula apabila, sebuah media milik kerajaan dalam siaran awalnya (jam 6.00 petang) tidak menyiarkan gambar Perdana Menteri hadir ke majlis itu tetapi menyiarkan gambar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isteri yang berada di meja utama bersama Yang Dipertuan Agong di majlis itu.

(GAMBAR ATAS: Sebaran inilah yang menjadi sebab kenapa PMX didakwa tidak dijemput ke majlis Jamuan Teh Diraja ketika bekas PM, Tun Dr Mahathir dan isteri duduk di meja utama bersama Yang Dipertuan Agong)

Gambar tanpa PM Anwar bersama Yang Dipertuan Agong itu telah digunakan sebagai bahan untuk memfitnah kononnya Perdana Menteri tidak dijemput ke majlis Yang Dipertuan Agong itu.

Fitnah itu pula disebarkan ketika para walaun dan laskar siber PN menyebarkan berita palsu kononnya Malaysia akan mendapat perdana menteri baharu termasuklah Langkah Dubai.

(GAMBAR: Inilah caranya para walaun memfitnah kononnya PMX tidak menyertai majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara hari ini.)

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fazil, Majlis Minum Teh dengan YDPA di Istana Negara itu adalah program santai sahaja di mana tetamunya boleh datang dan pergi.

“Semua dijemput, termasuk mantan-mantan PM (termasuk PM7-9)

“PMX hadir, balik awal untuk beberapa program lain termasuk Ponggal di Klang,” kata beliau.

(GAMBAR: PM Anwar menjadi tetamu awal yang datang ke Majlis Jamuan Teh Diraja namun terpaksa pulang awal untuk menyertai beberapa program lain).

Majlis Jamuan Negara untuk Yang Dipertuan Agong akan diadakan pada 27 ini di sebuah hotel manakala Majlis Keberangkatan Pulang Yang Dipertuan Agong akan diadakan pada 30 Januari ini di Parlimen.

Majlis Pelantikan Yang Dipertuan Agong yang baharu pula akan diadakan pada 31 Januari ini.