‘Beritahu, di mana Islam terancam?’

Oleh NORMAN RADZUAN

Apabila gambar ini diterima saya tersenyum. Tiada yang mustahil dalam politik. Mana sangka, saya duduk dan bercakap di pejabat parti yang saya lawan 24 tahun lamanya.

Saya orang kecil yang berjihad dengan kemampuan yang ada. Jihad adalah istilah Arab berasal daripada kata perbuatan jahada yg bermaksud berusaha bersungguh-sungguh mengikut kemampuan dan kapasiti yang ada.

Kita hanya dikalahkan dengan persepsi apabila media arus perdana seolah-olah tidak memihak kepada kita.

Apatah lagi media sosial yang dikuasai oleh orang Melayu yang terperdaya dengan fahaman Khawarij dan takfiri apabila taklid buta.

Benarkah kerajaan ini hamba kepada bangsa Cina?

Percayalah Kerajaan PMX akan menjadikan bangsa Melayu bangsa terbilang. Beliau mahu orang Melayu berhenti menjadikan amalan rasuah sebagai satu amalan kehidupan.

Rasuah di Malaysia ini menjadi ‘pandemik rasuah’ yang paling bahaya di negara ini. Ia sukar dikawal kerana amalan rasuahnya sudah 30 tahun lamanya. Kita perlukan masa dan tidak semudah yang saya sendiri sangka.

Pemimpin yang ingin memajukan bangsanya yang mahukan bangsa jangan menjadi mangsa ‘perasuah’.

Beliau tidak perlu menjerit ‘Melayu, Melayu, Melayu’ tetapi balak di hutan diberikan kepada tauke-tauke besar.

Begitu agama Islam, PMX yang saya kenali sentiasa mementingkan agama ini terpelihara dan disebabkan rumah rasmi beliau mahu dijadikan himpunan majlis-majlis agama.

Beritahu di mana Islam terancam? Jika dapat beritahu Islam terancam di bawah kerajaan PMX, sayalah orang pertama akan keluar daripada perjuangan ini.

Saya percaya dan yakin apa yang dilakukan PMX, orang Melayu akan dapat melihatnya keputusannya nanti.

Untuk saya melihat pemulihan ekonomi dapat dilihat dengan jelas menjelang 2026 nanti.

Manakala untuk mengubah budaya rasuah ini memerlukan masa yang lebih lama daripada itu. Tempoh 10 tahun untuk orang Melayu jika tidak benci sekurang-kurangnya takut dengan rasuah.

Berdoa semoga anak dan cucu kita menjadi bangsa bermaruah. Maruah Melayu bukan hanya pada slogan tetapi amalan kehidupan.