Provokasi lagakan PM Anwar dengan pihak istana
Oleh NORMAN RADZUAN
Provokasi mengapi-apikan perkauman dan agama dimainkan sejak kempen pilihan raya ke-15 lagi.
Sekarang, ia memasuki fasa istana apabila cuba melaga-lagakan institusi istana dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kononnya PMX menghina Agong, Agong tidak lagi mesra dengan PMX dan bermacam-macam lagi.
Sebelum ini, di majlis perkahwinan Putera Mateen, Istana Nurul Iman menjadi mangsa fitnah kononnya PMX tidak dijemput ke majlis tersebut.
Sedangkan jelas PMX hadir ke majlis tersebut bersama isteri, Wan Azizah. Mereka cuba memburukkan Perdana Menteri tetapi tanpa sedar telah memfitnah Agong.
Semalam, mereka kaitkan pula dengan menggunakan foto Mahathir duduk di meja bersama Agong dan Permaisuri. Provokasi mengapa Mahathir yang duduk di meja utama tersebut bukan PMX.
Kononnya Istana Negara pula tidak menjemput PMX untuk majlis santai itu.
Mudahkan melahirkan persepsi dalam kalangan masyarakat yang tanpa disedari mereka sudah terpukau dengan api perkauman, kebencian agama, taklid buta dan telah meresapi dengan fahaman khawarij atau takfiri.
Dalam cytro pembangkang ini cuba memfitnah memperlekehkan PMX, mengapi apikan sentimen kononnya Perdana Menteri bermasalah dengan pihak istana tanpa mereka sedari mereka telah memfitnah pihak Istana.
Sewajarnya, laporan polis terus dibuat untuk mengheret mereka yang sudah berani memfitnah pihak istana untuk diambil tindakan.
Fitnah semakin menggila kerana tiada tindakan tegas dilihat setakat ini.
Apa cerita sebenarnya? Ia adalah Majlis Minum Teh dengan YDPA di Istana Negara. Program santai, very little protocol boleh keluar masuk macam rumah terbuka Hari Raya.
Semua dijemput, termasuk mantan-mantan PM (termasuk PM7-9). PMX hadir awal dan balik awal untuk menghadiri beberapa program lain termasuk Ponggal di Klang.
Selepas ini ada majlis rasmi seperti Majlis Jamuan Negara pada 27 Januari di Mandarin Oriental, Majlis Keberangkatan Pulang 30 Januari di Parlimen dan Majlis Pelantikan (bukan Pertabalan) YDPA baharu pada 31 Januari.
Zaman media sosial apabila semua orang boleh menulis, maka fitnah berleluasa. Jadilah insan yang berhati mulia. Sokong parti fitnah itu bukan perjuangan Islam.
Tabayyun lah wahai umat Melayu kerana di akhir zaman ini orang yang berperwatakan alim adalah manusia yang paling ditakuti seperti hadis Nabi.
Logiknya, takkanlah Ameng Spring dijemput pihak istana, Perdana Menteri tidak dijemput.
Â