Retorik ‘kemenangan Islam’ bukti Pas Khawarij

Oleh AHMAD MURSI

Pas cuba monopoli wajah Islam dengan menggambarkan merekalah satu-satunya ‘pihak Islam’.

Jika sekadar itu cara Pas melihat diri mereka, tidaklah menjadi masalah.

Masalahnya, Pas mengukuhkan imej itu dengan membina naratif parti lain yang lawan mereka ialah ‘lawan Islam’, sekular ‘terkeluar dari Islam’.

Maka ramailah jadi mangsa takfiri Pas.

Kononnya hanya Pas ada ‘Islam’ pada nama partinya dan mendokong doktrin Wilayatul Fakih Syiah ‘Kepimpinan Ulama’. Pas sahaja masukkan Al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias dalam perlembagaan parti.

Haji Hadi berfatwa ahli AMANAH yang keluar dari Pas sama ada ‘dihapuskan’ atau ‘bertaubat’ kembali kepada Pas. Haram bekerjasama.

Pas telah menjadikan partinya satu anutan agama. Wajib sokong Pas sama seperti wajib menganuti Islam.

Walhal, PMX juga dari gerakan Islam ABIM. AMANAH pula menjadikan Islam Rahmatan Lil Alamin sebagai ‘core value’. UMNO adalah parti Melayu-Muslim. Semuanya anuti Islam.

Asas paling penting dalam Islam iaitu ‘persaudaraan’ telah tidak lagi menjadi hal yang penting kerana ‘anutan politik’ jadi asas terpenting atasi persaudaraan Islam.

Definisi ‘Perpaduan Islam’ di sisi Pas hanya apabila semua orang undi Pas. Maka lagi banyak ceramah, lagi berpecahlah umat Islam.

Parti-parti yang bergilir-gilir bertahaluf dengan Pas turut bergilir-gilir jadi ‘musuh Islam’.

Ustaz2 Pas beretorik kononnya ‘kemenangan Islam semakin hampir’ untuk meyakinkan pengikutnya bahawa Tebok Atap adalah ‘janji Allah’ kepada Pas.

Menjatuhkan pemimpin Muslim yang sah dan menaikkan Pas sahaja dianggap ‘Kemenangan Islam’.

Hari-hari ditular gambar dan tulisan membina persepsi pemimpin negara ‘terkeluar dari Islam’.

Oleh sebab itu, saya katakan ‘𝗣𝗔𝗦 𝗶𝘀 𝗞𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷’ atau ringkasnya 𝗣𝗔𝗦𝗜𝗞.