Walaun ‘koyak’ – Menjala saja pun bukan berkaraoke tengah malam

Penyokong pembangkang yang mesra digelar sebagai walaun dilihat ‘koyak’ dengan perkongsian gambar terbaharu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi Facebook rasmi beliau memuat naik gambar beliau menjala pada hari minggu ini.

Hasil tangkapannya dilihat agak banyak dengan dibantu dua lagi individu menarik jala tersebut.

Hasil menjala hari ini, Alhamdulillah,” katanya di media sosial itu.

Walau bagaimanapun, walaun macam biasa meninggalkan komentar negatif sehingga terlupa aksi melampau pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkaraoke dengan perempuan.

“Asyik nak posing dan bergambar saja,” kata seorang walaun.

Susulan itu, dia dihujani sindiran termasuk mengingatkannya tentang perangai seorang pemimpin pembangkang.

Posing menjala saja pun bukan karaoke.

“Walaun-walaun dengan untit-untit ni memang dilahirkan dengan hati yang hitam. Tak pernah berbaik sangka langsung,” demikian kecaman netizen terhadap walaun.