Langkah Tokai: Hadi tiada kekuatan untuk tukar Sanusi
Umno tidak fikir Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang ada kekuatan untuk menukar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohamad Sanusi Md Nor.
Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Adam berkata, Sanusi lebih berpengaruh dalam Pas berbanding Hadi sendiri.
“Saya tak fikir Haji Hadi ada kekuatan untuk menukar Sanusi,” kata Lokman ketika mengulas Langkah Tokai, satu usaha untuk menukar MB Kedah itu.
Tokai adalah Kawasan DUN yang diwakili Datuk Dr Mohd Hayati Othman, calon yang disebut untuk menggantikan Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah.
Sebelum ini, Sanusi dikatakan akan digugurkan sebagai Menteri Besar dan digantikan dengan Mohd Hayati, 67.
Hayati juga merupakan bekas Ahli Parlimen Pendang antara 2004 hingga 2013.