RM5 juta Abdul Wahab tuntut dari Chegubard

Sebanyak RM5 juta ganti rugi dituntut Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kader Jilani daripada Chegubard, atas dakwaan memfitnah.

Ia susulan dakwaan bahawa Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu menyiarkan video menerusi Facebook yang bertujuan menunjukkan pembabitan aktiviti tidak bermoral atau homoseksual.

Rakaman video itu memaparkan kononnya Abdul Wahab sedang berbual lucah dengan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Dr Mohammad Agus Yusoff.

Sejak 17 November lalu, tular rakaman video berdurasi tiga minit lantaran terdapat individu mirip Mohammad Agus bersama seorang lelaki.

Ekoran itu, Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mdan endakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.