Mulanya suruh boikot, sekarang salahkan PMX

Oleh NORMAN RADZUAN

Isu penunggang Grabfood sungguh pelik. Bertambah pelik apabila Wan Fayhsal menunggang isu Grabfood ini tanpa rasa bersalah.

Lebih ‘jahat’ apabila dia mengatakan di himpunan boikot oleh penunggang Grabfood bahawa isu Grab ini di bawah Menteri Kewangan. Sasarannya untuk masyarakat menyalahkan PMX.

Sejarah Grab ini ia di bawah syarikat GrabTaxi Holdings Pte. Ltd. (dikenali sebagai Grab) ialah sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura.

Namun, sebenarnya pada permulaan Grab beroperasi di Malaysia dengan menggunakan nama perniagaan lain iaitu MyTeksi. Kemudian, ibu pejabatnya berpindah ke Singapura sejak 2014.

Kenapa kerajaan Malaysia gagal mempertahankan atau mengekalkan syarikat berteknologi yang berjaya di Asia Tenggara itu pada peringkat awalnya?

Berdasarkan laporan majalah perniagaan Finance Asia, syarikat tersebut memilih berpindah dari Malaysia ke Singapura disebabkan masalah undang-undang untuk pengumpulan modal antarabangsa di negara ini.

Singapura pula memberikan insentif dan diskaun dari segi cukai serta lebih mampu menarik modal antarabangsa.

Baik itu adalah serba sedikit sejarah Grab. Sekarang kita lihat mengapa akhir-akhir ini timbul kontroversi kepada syarikat ini.

Antara faktor penyumbang ialah pada awal pemandu Grab rata-rata adalah mereka yang melakukan pekerjaan ini secara part time atau dikenali sebagai ekonomi gig. Atau orang sekarang selalu kata ini kerja side income.

Apa itu ekonomi gig?

Ekonomi gig dalam sistem pasaran bebas mengambil pekerja dengan komitmen jangka pendek. Istilah ‘gig’ selalu digunakan kepada kumpulan pemuzik ‘gigging’ yang bersifat tiada bermasa dan tidak terikat.

Dgn kata lain, ekonomi gig ialah pekerja bebas, tidak terikat dan bekerja berasaskan tugasan atau projek secara sementara atau sambilan.

Namun sejak permintaan tinggi di musim Pandemik ramai org Melayu khasnya menjadi ia pekerjaan tetap.

Ramai org Melayu samada diberhentikan kerja semasa pandemik atau jenerasi skg memilih grab dari bekerja tetap kerana ‘gaji’ yg dikatakan lebih lumayan.

Namun ramai ada muda tidak faham apa itu gig ekonomi. Ia adalah pekerjaan yg tidak diikat dgn kontrak pekerja tetap seperti pekerjaan di bank atau kerajaan.

Jadi, risiko gaji mereka tidak menentu apatah lagi bila persaingan semakin meningkat.

Baru-baru ini kecoh mengenai pemandu Grab. Sebelum ini mari kita lihat sedikit kronologi mengenai pemasalahan ini.

  1. Wan Ahmad Fashyal adalah antara individu yANg berkempen menyeru org ramai memboikot Grabfood kerana syarikat ini menyokong zionis.
  2. Pelbagai kempen pelbagai pihak menyeru semua deactivate akaun Grab dengan kempen ‘Delete App Grab’. Impaknya seperti McD dan Starbuck syarikat ini juga terkesan perniagaan mereka.
  3. Kerana kemerosotan perniagaan sepertimana syarikat-syarikat yang lain, penjimatan kos perlu dilakukan. Jika sebelum ini syarikat besar seperti MAS, TV3, Celcom melakukan pemberhentian kerja melalui VSS, syarikat.
  4. Grab ini mengambil pendekatan mengurangkan kadar upah bayaran penunggang daripada RM5 ke RM4. Maka, bermulalah boikot dari penunggang.

Permasalahan ini sebenarnya antara pekerja dan syarikat tersebut. Tidak ada kena mengena dengan kerajaan. Kerajaan tidak boleh masuk campur dalam hal ini.

Namun, Wan Fayhsal mengambil kesempatan cuba memburuk PMX dalam soal ini. Jika sebelum ini beliau menyuruh kerajaan mencetak wang yang banyak, kali ini dia tanpa segan silu membodohkan rakyat Grab di bawah Menteri Kewangan.

PMX telah menunaikan janji beliau untuk bertemu dengan syarikat-syarikat e- hailing untuk menyuarakan pandangan dari permintaan penunggang mereka.

Namun, rakyat perlu sedar PMX atau kerajaan tidak boleh memaksa atau mengenakan tindakan kerana ia sebuah syarikat swasta yang menjalankan perniagaan berkonsepkan ekonomi gig.

Wan Fahysal seperti baling batu sembunyi tangan. Kamu ajak orang Melayu boikot syarikat Grab ini, hari ini kamu turun bersama mereka cuba menjadi hero dengan menyalahkan PMX.

Sepatutnya, kamu bertanggungjawab kepada mereka. Fikirkan alternatif terbaik untuk mereka bukan menuding kepada pihak lain atas tindakan yang kamu lakukan sendiri bersama beberapa pihak.