Naimah Khalid didakwa atas tuduhan gagal isytihar harta

Toh Puan Naimah Khalid telah didakwa atas tuduhan kegagalan membuat perisytiharan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Isteri kepada mantan menteri kewangan Tun Daim Zainuddin tidak mengaku bersalah di depan hakim mahkamah sesyen Azura Alwi.

Beliau dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 13 Disember 2023.

Kegagalan membuat perisytiharan harta ialah satu kesalahan di bawah seksyen 36(2) Akta SPRM.

Jika disabitkan kesalahan, Naimah akan berdepan hukuman penjara lima tahun dan denda RM100,000.

Aset yang beliau gagal isytihar antara lain adalah pelbagai plot tanah, harta dan kereta Mercedes Benz.

Menurut lampiran kertas tuduhan yang dibacakan di mahkamah terdapat lapan harta yang disenaraikan iaitu Menara Ilham, rumah di Bukit Tunku, lima plot tanah di Kuala Lumpur dan satu di Pulau Pinang.

Dua syarikat yang tidak diisytiharkan ialah Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd.

Hakim memutuskan jaminan RM250,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Naimah menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sebutan semula kes ialah pada 22 Mac.