Projek mega untung kroni rugikan rakyat

Oleh NORMAN RADZUAN

Dasar-dasar yang diperkenalkan Mahathir hanya menguntungkan kroni dan keluarga berbanding bebannya ditanggung rakyat.

Dasar penswastaan hanya menyebabkan rakyat sehingga hari ini menanggung kenaikan kadar tol, tarif elektrik dan air yang tinggi, bebanan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan lain-lain.

Dasar-dasar lain seperti peminggiran sektor pertanian, dan penyuburan peranan orang tengah telah banyak merugikan negara.

Kita lihat projek-projek mega Mahathir yang bermasalah:

  1. LRT Putra-Kelana Jaya
    Dengan 25 stesen sejauh 29 kilometer, LRT Putra-Kelana Jaya yg dibina telah diswastakan kpd United Engineers Malaysia (UEM) milik Halim Saad, mula beroperasi 1998.

Projek ini telah bankrap dan bail-out, diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan pada 2002 dengan nilai RM5.3 bilion.

  1. LRT2 (Star-Ampang)
    Projek Mahathir ini telah diswastakan kepada KL transit Group Assest (30 peratus) dan mula beroperasi 1996.

LRT2 telah jatuh bankrap dan bail-out oleh kerajaan pada 2002, diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan dengan nilai RM3.3 bilion.

  1. KL Monorail
    Projek Monorel yg diswastakan kepada KL Infra Group telah diluluskan pada mesyuarat Kabinet Jun 1989.

Kos yang dianggarkan sebanyak RM143 juta ternyata jauh tersasar apabila menelan belanja sebanyak RM1.18 bilion setelah projek tersebut siap dibina dan beroperasi pada tahun 2003.

KL Monorail telah diselamatkan dan diambil alih oleh Prasarana milik kerajaan pada 2007 dengan nilai RM882 juta.

  1. Bas Intrakota
    Intrakota telah mula beroperasi pada 1998 dan diswastakan kepada DRB-Hicom konon bagi menghapuskan imej bas mini yang buruk dan tidak berdisiplin.

Projek ini namun bankrap dan bail-out dilaksanakan oleh kerajaan pada 2003 dengan diselamatkan oleh Prasarana dgn nilai RM177 juta.

  1. Skandal Perwaja Steel
    Mahathir mengakui secara terbuka pada 2002 bahawa Perwaja kehilangan RM10 bilion semasa dialog dengan rakyat Malaysia di London.

Jumlah kerugian telah meningkat kepada RM2.49 bilion daripada RM1 bilion apabila Eric Chia mengambil alih dan Perwaja telah dilumpuhkan oleh hutang tambahan berjumlah RM5.7 bilion.

  1. Empangan Bakun
    Semasa zaman Mahathir, terdapat pelbagai halangan berlaku sehingga projek ini diserahkan kepada kroninya Tan Sri Ting Pek Khiing.

Kerajaan terpaksa menyelamatkan projek empangan Bakun daripada terus terbengkalai dan mengalami kerugian besar.

  1. Proton
    Proton memohon kerajaan RM1.5 bilion dengan alasan mahu menggunakan wang tersebut untuk membayar vendor.

Kemudian, Proton telah diambil alih oleh kumpulan DRB-HICOM milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari.

  1. Forex
    Skandal pasaran pertukaran asing atau forex pada 1990-an menjadi tanda tanya sehingga kini di mana perginya wang lebih RM30 bilion yang hilang begitu sahaja tanpa ada siapa yang bertanggungjawab.

9. Malaysia Airlines (MAS)

Pada era 1990-an ini, Mahathir melalui Tun Daim Zainuddin bagi pihak kerajaan Malaysia, mengarahkan Tajudin Ramli membayar RM8 sesaham (jauh melebihi harga pasaran ketika itu RM3.50).

Masih ingat Tajudin Ramli memberitahu Daim memberi amaran kepadanya, “Dont say no the Prime Minister.”

Ini semua adalah sebahagian kecil daripada projek-projek Mahathir yang membebankan rakyat sehingga kini.

Bayangkan beratus bilion ini jia diuruskan dengan baik pasti rakyat akan mendapat nikmatnya.