‘Isteri si jutawan lupa apa suaminya sudah buat…’

Oleh ZAHARIN MOHD YASIN

Apabila PDRM atau SPRM buka kertas siasatan, kertas siasatan itu tidak pernah tutup kecuali anda dapat surat NFA, tiada tindakan lagi. Maka sudah berakhir siasatan.

Semalam, sibuk dengan seorang isteri jutawan Melayu menempelak kerajaan yang dituju kepada Perdana Menteri yang tidak ada kaitan dalam tuduhan yang dikenakan kepadanya.

Hanya kebetulan kerajaan yang ada sekarang dia Perdana Menteri. Jika andaian atas arahannya, buat laporan polis.

Jika tidak disiasat sekarang nanti dengan kuasa yang singkat akan hilang, kuasa yang mengantikan boleh menyiasat.

Tuduhan itu bagi rakyat kelas gerabak (kelas tiga) mudah sahaja untuk faham. Kamu ada harta atau aset yang tidak diisytiharkan, bila diminta berbuat demikian.

Tidak masuk hukum akal, tak mungkin pihak agensi penyiasat mengetahui dalam masa dua tiga bulan akan harta dan aset yang tidak dimasukan dalam senarai bila diminta isytiharkan harta. Tentu sudah lama ada maklumat dari siasatan.

Berkira

Patut sebagai isteri seorang jutawan mahakaya, yang mana suaminya memang diketahui bila berlaku pembelian bertukar wang syiling 20 atau pun 5 sen, di mana yang B40 pun bermurah hati, akan tinggalkan baki itu sebagai sedekah.

Namun, si jutawan ini akan ambil. Makna dia sangat kedekut dan berkira.

Maka terlalu sukar dipercayai membantu anak bangsanya, dalam soal pendidikan dan kebajikan kecuali untuk kekayaannya.

Dia juga terlupa apa yang suami dia lakukan, semasa era PH memerintah 22 bulan. Dr Mahathir Mohamad melantik dia sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Kerajaan yang berpusat di Menara Ilham.

Ramai pegawai kerajaan dan CEO korporat dan agensi Kerajaan yang dipanggil olehnya dengan berapa orang diberhentikan dan ditukarkan tanpa dibicarakan, hanya keputusannya.

Banyak orang tidak tahu, isterinya ini seorang alumi Fakulti Undang-undang Universiti Malaya.

Bertemu jodoh dengan suaminya semasa menjadi Penasihat Undang-undang Kementerian, di mana suami menjadi Menteri. Ini memberi makna sang suaminya makan ikan dalam akuarium.

Dia tidak pula ambil kira pula, apa yang suami dia lakukan sebagai penasihat ekonomi dengan mereka yang telah dizalimi dan dianiayai oleh suaminya. (boleh Google)

Kesimpulannya, kenyataan tersiar dalam Malaysiakini itu dia mengata suami dia sendiri.

Siasatan itu bukan kerana tidak berkuasa tetapi apa yang suami dia buat semasa berkuasa.